Tingkat kebersihan, MPSJ jalin kerjasama dengan Jepun | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Tingkat kebersihan, MPSJ jalin kerjasama dengan Jepun

mpsj 05

OLEH : Lizawati Madfa,

SUBANG JAYA 19 NOV : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjalin kerjasama dengan Majlis Perbandaran Hioki di Jepun  dalam usaha mendidik masyarakat tentang penjagaan kebersihan.


mpsj 02Yang Di Pertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, berkata kerjasama yang terjalin sejak hujung tahun lalu itu antara lain akan menghasilkan sebuah filem dokumentari penjagaan kebersihan masyarakat Hioki.

Katanya, filem itu akan memaparkan amalan penjagaan kebersihan bermula daripada amalan di rumah hingga ke luar rumah, daripada amalan individu hingga komuniti.

mpsj 04“Daripada penghasilan filem itu, kita harapkan masyarakat di sini akan belajar bagaimana masyarakat Jepun yang maju mementingkan penjagaan kebersihan sebagai satu disiplin yang dijunjung tinggi.

“Proses memupuk disiplin penjagaan kebersihan ini bukan mudah, Jepun mengambil masa berpuluh tahun, kita harus mulakan sekarang agar generasi akan datang lebih berdisiplin dalam soal kebersihan ini,” kata Asmawi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas merasmikan Majlis Penutup Program Alam Sekitar MPSJ 2013 yang turut dihadiri timbalannya, Abdullah Marjunid.

Asmawi juga berkata, dua orang wakil penduduk yang dipilih akan menyertai rombongan empat orang pegawai MPSJ ke Hioki pada penghujung bulan ini.

mpsj 03“Kita harap apabila mereka (wakil penduduk) ini pulang, mereka dapat berkongsi pengalaman dengan masyarakat di sini tentang apa yang mereka dapat di sana,” kata Asmawi.

Terdahulu, beliau turut menyempurnakan Majlis Menandatangani MoU Kerjasama Program Biodiesel Kitar Semula Minyak Masak MPSJ dan Fathopes Energy Sdn. Bhd.

Turut diadakan ialah penyampaian hadiah Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Kawasan MPSJ 2013, Hadiah Pertandingan Sekolah Sejahtera Peringkat MPSJ 2013, Penyampaian Sumbangan Kemasyarakatan bagi Program Kitar Semula Untuk Kebajikan MPSJ dan NGO 2013 serta Penyampaian Sijil Penghargaan Stakeholder Program Kitar Semula MPSJ 2013.

– EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION