Tourism Selangor dan MPS komited jayakan TMM 2014 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Zharif Zulkiffeli

Tourism Selangor dan MPS komited jayakan TMM 2014

Tourism Selangor dan MPS komited jayakan TMM 2014

SELAYANG, 7 NOV : Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) komited untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dengan mengambil inisiatif mempromosikan tempat pelancongan dan rekreasi di sekitar Selayang.

Tourism Selangor dan MPS komited jayakan TMM 2014 1


Pengurus Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din, berkata pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada pengurusan kawasan pelancongan terlebih dahulu untuk melihat sebarang keperluan bagi memastikan kawasan itu berpotensi menarik pelancong .

“Berapa jumlahnya itu kita akan tentukan setelah melihat dan mengkaji keperluan sesuatu kawasan rekreasi itu untuk menambah fasiliti bagi memudahkan pelancong atau pengunjung yang datang ke situ,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, pihaknya yakin kerajaan negeri tidak keberatan memberi peruntukan terutamanya dalam usaha membawa nama Selangor ke peringkat antarabangsa.

“Jika tempat itu betul-betul berpotensi dapat menarik minat pelancong luar dan dalam, kita positif kerajaan negeri akan membantu,” kata beliau lagi.

Antara lokasi tumpuan pelancongan yang bakal dipromosikan adalah Gua Damai, Tasik Biru Kundang dan Kolam Air Panas Selayang.

Usaha promosi ini dilihat sebagai langkah positif memartabatkan lagi industri pelancongan Negeri Selangor ke peringkat lebih tinggi.

Gua Damai yang terletak di berhampiran dengan Batu Caves menjadi tumpuan bagi penggemar aktiviti ‘rock Climbing’ sejak sekian lama.

Mula dibuka pada tahun 1998, gua ini bukan sahaja menjadi lokasi sukan ‘rock climbing’ bahkan menjadi lokasi untuk latihan memanjat gunung.

Gua ini sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki gunung kerana sebahagian besar laluan adalah tidak terlalu mencabar.

Pengurus Wira Adventure Consultant, Mustafa Al Bakri Omar, berkata beliau berharap usahanya untuk mempromosi kawasan ini di mata dunia mendapat sokongan dan bantuan daripada kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri.

Katanya, lokasi ini menjadi tumpuan penerjun antarabangsa menjalani latihan setiap tahun sebelum mengikuti program tahunan negara mendaki Menara Kuala Lumpur.

“Baru-baru ini, pendaki dari 15 negara datang ke situ untuk sesi latihan dan saya percaya jika kita beri tumpuan, kawasan ini boleh menjadi tarikan utama bagi peminat aktiviti lasak, terbaik selepas Krabi, Thailand,” katanya.

Beliau yang juga bertanggungjawab menguruskan Taman Ekstrem Gua Damai menggunakan modal sediri untuk membanggunkan kawasan itu berkata, keadaan kini lebih baik selepas mendapat peruntukkan RM1 juta dari Kerajaan Persekutuan untuk penyediaan infrastruktur seperti taman, tandas, taman permainan dan keperluan lain.

“Peruntukan sebanyak RM50,000 daripada kerajaan negeri juga diperolehi untuk tahun hadapan. Kita berharap, sokongan daripada kerajaan pusat dan negeri akan berterusan

“Ia dalam usaha kita untuk melebarkan lagi kawasan pendakian dan penyelenggaraan yang sudah tentunya memerlukan kos yang tinggi tetapi berbaloi untuk tarikan pelancong,” katanya.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION