TP1M: Kerajaan Pusat digesa tidak pinggir negeri Pakatan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


TP1M: Kerajaan Pusat digesa tidak pinggir negeri Pakatan

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 29 NOV : Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) yang dilaksanakan Kerajaan Pusat ternyata meminggirkan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, khususnya Selangor dan Pulau Pinang.

sim-tze-tzimAhli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata daripada RM 40 juta yang diperuntukkan pada 2013, tiada satu pun permohonan daripada Selangor diluluskan dan hanya empat sahaja yang diluluskan di Pulau Pinang.


Meenurutnya, Wilayah Persekutuan menerima peruntukan paling besar iaitu sebanyak 74 peratus, diikuti Johor (10 peratus), Melaka (7.5 peratus), Perak (4 peratus), Pulau Pinang (3 peratus) dan Kedah (0.3 peratus).

“Ini menjadikan Wilayah Persekutuan “the only winner” dalam TP1M sedangkan “Pulau Pinang dan Selangor mempunyai kepadatan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah yang sangat tinggi.

“Maka timbul persoalan, adakah terdapat unsur pilih kasih atau pertimbangan politik dalam pemberian TP1M?,” kata Tze Tzin dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Parlimen berhubung peruntukan TP1M yang sangat berkurangan serta jauh berbeza daripada pengumuman dana RM500 juta yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat pada tahun 2010.

Tze Tzin berkata, menteri berkenaan mendakwa wang RM500 juta itu adalah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) tanpa mengulas lanjut bagaimana menggunakan baki wang RM460 juta menjelang 2015.

“Kami menyeru pihak menteri menjelaskan perancangan TP1M pada tahun 2014 dan 2015 dan adakah mereka akan membelanjakan baki RM 460 juta yang telah diperuntukan?

“Minta menteri juga menjalankan tugas secara professional dan telus dalam pemberian TP1M dan memastikan semua negeri di Malaysia tidak dianak-tirikan,” katanya lagi.

TP1M diperkenalkan Kerajaan Pusat pada Januari 2010 bertujuan memberi manfaat kepada penghuni terutama di kawasan perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah.

-EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION