Selangorkini
SELANGOR

Khutbah GST: Umno digesa tidak peralat institusi agama demi politik sempit

muhmmad nur manuty

SHAH ALAM 2 NOV : Umno yang sudah berusia setengah abad, seharusnya bersikap lebih matang dalam berpolitik dan berhenti daripada menggunakan institusi keagamaan demi survival politik sempit mereka.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata Umno digesa menghormati badan keagamaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diwujudkan sebagai sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan.

“Memang jelas kebanyakan jabatan agama di sini (Malaysia) tidak mempunyai kebebasan seperti diamalkan di Indonesia, di mana khutbah Jumaatnya bukan dibacakan teks, tetapi bebas.

“Malang di negara¬† ini, teks ditentukan, jadi tiada pilihan, melainkan di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor,” kata Muhammad ketika dihubungi TVSelangor.

Muhammad berkata demikian bagi mengulas isi kandungan khutbah Jumaat kelolaan Jakim semalam yang menggesa umat Islam menyokong pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang disifatkan sebagai tidak membebankan rakyat.

Katanya, beliau menggesa agar Jakim tidak sekadar mengikut telunjuk pemerintah sehingga mengabaikan fungsi dan peranannya dalam mendidik rakyat, khususnya umat Islam.

“Contohnya dalam isu GST, terdapat istilah ‘maslahah’ iaitu golongan miskin, lemah dan rendah pendapatan yang harus diambil kira dan diulas secara lebih menyeluruh.

“Jadi Jakim boleh menjemput pakar-pakar ekonomi lain, bukan dari Umno sahaja untuk berhujah dalam isu ini (GST) demikepentingan rakyat dan bukan kepentingan pihak tertentu,” kata beliau.

EZY


Pengarang :