UNISEL jadi universiti pertama wujud TV internet | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


UNISEL jadi universiti pertama wujud TV internet

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 23 NOV : Universiti Selangor (UNISEL) mengorak langkah ke hadapan apabila menjadi universiti pertama di Malaysia yang mewujudkan Televisyen (TV) internet iaitu TV UNISEL.

Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad, berkata inisiatif mewujudkan tv internet itu akan memberikan pendedahan dunia sebenarnya bidang penyiaran kepada pelajar yang mengikuti kursus komunikasi dan media.


unisel 05Katanya, pelajar dan orang ramai akan dapat mengetahui perkhidmatan atau aktiviti yang dilakukan UNISEL, dengan perlaksanaan itu nanti.

“Saya percaya ia akan memberi peluang dan pengalaman menarik kepada pensyarah serta pelajar yang mengikuti bidang kursus ini.

“Orang ramai juga boleh mengetahui apa yang dilakukan UNISEL, di samping usaha menyebarkan bahan ilmiah kepada pelajar dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan TV Unisel yang turut dihadiri Dekan Fakulti Komunikasi dan Media, Prof Dr Azmuddin Ibrahim, di Hotel De Palma, di sini, semalam.

unisel 03TV UNISEL yang bersifat pendidikan itu akan menyiarkan sembilan program atau segmen antaranya berita kampus, gaya hidup, riadah, filem dan dokumentari.

Semua program berkenaan akan dikendalikan pelajar semester ketujuh program Diploma Komunikasi dan Media yang bertujuan mempromosikan perkhidmatan, produk dan objektif UNISEL kepada orang ramai yang boleh dilayari di laman sesawang tv.unisel.edu.my.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION