Selangorkini
SELANGOR

Penerima Skim Mesra Usia Emas sebak terima sumbangan

Oleh : Lizawati Madfa

KUALA SELANGOR 6 DIS : Seramai 43 keluarga daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menerima bayaran fasa kedua Skim Mesra Usia Emas (SMUE), di sini, semalam.

MOHD SYAHID BIN RAZALLIPenerima, Mohd Syahid Razali, 39, berkata dia berbangga dengan insentif berbentuk wang khairat kematian yang disediakan kerajaan negeri itu.

Katanya, pemberian berkenaan amat bermakna bagi meringankan beban rakyat terutama meraka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

“Saya rasa jumlah RM 2,500 yang diterima ini sudah cukup memadai. Saya akan gunakan wang yang diterima untuk bersedekah bagi pihak arwah bapa supaya dia terus menerima pahala amal kebajikan,” katanya.

AZIZAH KASIMSementara itu, Azizah Kasim, 55, tidak dapat menahan sebak ketika ditanya perasaan menerima skim berkenaan bagi pihak kakak saudaranya.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri atas kebajikan ini. Sekurang-kurangnya duit yang diterima boleh digunakan bagi menampung bil api atau keperluan lain,” katanya.

Majlis itu disempurnakan Penolong Penyelaras DUN, Arshad Rashid Kassim, selain turut dihadiri Penyelaras DUN Jeram, Rashid Kassim.

Pembayaran fasa kedua itu menyaksikan setiap penerima menerima RM 1,500 dan masing-masing turut menerima RM 1,000 ketika pembayaran fasa pertama.

-NFN-


Pengarang :