Misi Prihatin Jingga 13 Malaysia di Chukai, Kemaman bantu mangsa banjir | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Misi Prihatin Jingga 13 Malaysia di Chukai, Kemaman bantu mangsa banjir

OLeh Fariz Musa

Jingga 13 Malaysia menghantar pasukan Prihatin Jingga 13 atas nama Misi Prihatin bermula 7 Disember 2013 ke Parlimen Pekan bagi membantu mangsa banjir terutama yang dinafikan oleh Jentera UMNO BN ekoran fahaman politik sempit dan pilih kasih.

Pasukan Prihatin Jingga 13 menghulur bantuan barangan makanan seperti beras, sardin serta pampers bayi untuk diagihkan ke beberapa kampung tanpa mengira sesiapa dan fahaman politik selama 3 hari di sekitar Parlimen Pekan.


j131Kini Jingga 13 Malaysia atas nama keprihatinan dan kemanusiaan turut menghantar dua pasukan Prihatin Jingga 13 ke Chukai, Kemaman diketuai DK Vicky, Setiusaha Jingga13 Malaysia, bertolak pada jam 3 pagi tadi dengan turut membawa alat-alat membersih rumah, pakaian terpakai dan barang makanan hasil daripada sumbangan orang ramai.

Prihatin Jingga 13 bertindak secara efektif bersama-sama mangsa banjir membersihkan rumah-rumah mereka yang ternyata begitu menyedihkan ekoran ditenggelami oleh air banjir mengakibatkan rumah dipenuhi lumpur dan barang-barang rumah yang rosak.

Esok, 10 Disember 2013 , satu Pasukan Prihatin Jingga 13 yang diketuai oleh saya sendiri akan menghantar alatan membersih rumah, buku sekolah, susu dan pampers bayi ke Chukai, Kemaman untuk diagihkan kepada mangsa banjir hasil daripada sumbangan orang ramai yang prihatin melalui akaun segera atas nama Bendahari Jingga 13 Malaysia.

Jingga 13 Malaysia menyeru warga prihatin Malaysia untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur yang benar-benar memerlukan bantuan terutama keperluan barang makanan, alatan membasuh dan membersihkan rumah,keperluan bayi dan kanak-kanak serta keperluan persekolahan, pakaian dan sebagainya bagi meringankan bebanan mereka.

j13

Jingga 13 Malaysia juga turut merakam jutaan terima kasih dan penghargaan kepada warga prihatin yang menyalur bantuan kewangan di akaun segera MBB 162272638343 Rohaida Mansor (Bendahari Jingga13 Malaysia).

Jika ada warga prihatin Malaysia yang sudi menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian untuk menyalurkan bantuan kewangan ke akaun tersebut untuk dibelikan keperluan mereka yang memerlukan terutama selepas surutnya banjir.

Jingga 13 Malaysia juga turut merakamkan penghargaan kepada seluruh Ahli Jingga 13 Malaysia , Jingga 13 Terengganu, Jingga 13 Pahang dan Jingga13 Johor yang telah secara sukarela membantu mangsa-mangsa banjir.
* Fariz Musa ialah Ketua Koordinator Jingga 13

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION