NASIONAL

Isu Syiah jadi mainan politik BN untuk jatuhkan PAS

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 10 DIS : PAS menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan bukti berkenaan pembabitan pemimpin parti itu dengan fahaman Syiah sebagai mainan politik Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata tindakan itu adalah satu bentuk serangan peribadi kepada PAS dan tidak menunjukkan kesungguhan kerajaan pusat untuk membanteras fahaman Syiah.

datuk-ibrahim-tuan-man1Beliau berkata, sebarang bukti yang ingin didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah lebih baik jika dibawa ke mahkamah dan bukannya kepada umum untuk tujuan publisiti.

“Kalau ingin melakukan pencegahan, dia (Zahid) boleh ambil tindakan sahaja kerana mempunyai berkuasa. Tetapi, dia hanya ingin mendapat publisiti dengan mendedahkannya dalam sidang media dan Perhimpunan Agung Umno, baru-baru ini.

“Kalau isu yang dikatakan boleh mengancam keselematan, prosedurnya bukan dedahkan kepada umum kerana kita sendiri tidak pasti kesahihannya.

“Sebarang pembuktian boleh disahkan mahkamah, bukannya orang awam bagi tujuan menjatuhkan hukuman ke atas PAS,” katanya ketika mengulas kenyataan Zahid yang akan mendedahkan beberapa bukti pemimpin PAS terbabit dengan fahaman Syiah dalam satu sidang akhbar khas dalam tempoh terdekat.

Tuan Ibrahim berkata, Syiah perlu dibanteras secara menyeluruh dan tidak hanya mensasarkan kepada parti Islam itu sahaja.

ZAHID HAMIDIKatanya, PAS juga tidak akan sewenang-wenangnya mempercayai bukti yang bakal dikemukakan jika tidak mempunyai hujah yang kuat dan jelas.

“Kita terbuka, yang salah tetap salah tetapi isu ini lebih bersifat politik dan bukan untuk pencegahan ke atas faham Syiah kerana serangan itu dibuat ke atas pimpinan PAS.

“Sedangkan, umum sudah mengetahui bahawa Ketua Syiah mengakui ajaran itu tersebar luas di Kedah tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil. Apa yang menjadi isu sekarang, adakah KDN ingin banteras Syiah atau untuk menyerang PAS” katanya.

Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS mengamalkan ajaran Syiah, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 7 Disember lalu.

-NFN-


Pengarang :