Selangorkini
NASIONAL

Zahid dibidas, enggan jawab status loji Lynas

KUALA LUMPUR 8 DIS : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibidas kerana enggan menjawab soalan berkenaan kesan operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas berikutan banjir besar di Kuantan.

Pengerusi Himpunan Hijau Anti Lynas, Wong Tack, berkata kerajaan pusat seperti mahu menutup mulut apabila isu Lynas dipersoalkan.

Wong Tack“Mengapa menteri kata isu ini tidak relevan dan sudah berakhir? Apa yang mereka ingin sembunyikan sebenarnya,” katanya yang dipetik daripada Keadilandaily.

Zahid Hamidi enggan menjawab soalan berhubung risiko loji Lynas dan menyatakan isu terbabit ‘tidak relevan’, ketika ditemui pemberita di Perhimpunan Agung Umno, pada 5 Disember lalu..

Pada 15 Oktober lalu, penduduk Kuantan membantah ketibaan kapal kedua ‘Red Resource’ dari Pelabuhan Fremantle, Australia yang membawa bahan mentah berbahaya Rare Earth Oxides (REO)

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman turut menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), namun sehingga kini tiada jawapan.

Sehubungan itu, Wong Tack, berkata, pihaknya bimbang bimbang sisa terbabit bercampur dengan air banjir dan dihanyutkan ke merata tempat.

“Kita juga ingin mengetahui adakah pihak Lynas mempunyai pelan tindakan bencana untuk menghadapi situasi seperti ini,” katanya.

-NFN-


Pengarang :