2014 tahun kesengsaraan rakyat marhaen | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


2014 tahun kesengsaraan rakyat marhaen

Oleh: Fariz Musa

Tahun 2013 telah melabuhkan tirainya dan kini menjelma pula tahun 2014. Dalam kesempatan ini Jingga13 Malaysia merakamkan ucapan SELAMAT TAHUN BARU 2014 kepada ahli-ahli Jingga13 dan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tahun 2013 penuh suka dan duka, pelbagai peristiwa dan kejadian berlaku memberikan pelbagai kenangan,pengajaran dan pengalaman dalam mematangkan perjuangan kita.


Jingga13Jingga13 terus bangkit dan mengorak langkah daripada sebuah NGO yang kecil sejak ditubuhkan pada 15 Mei 2011. Pelbagai pengalaman pahit manis dirasai, menempuh onak duri dan ranjau,s erba kekurangan sama ada kemudahan pergerakan dan kewangan.

Ada yang menuduh Jingga 13 mempunyai dana yang luar biasa, ditaja oleh badan atau orang tertentu. Semua itu adalah fitnah dan tidak benar.

Jingga13 penuh kesusahan tanpa kewangan terus mengorak langkah dalam usaha membongkar dan menentang penyelewengan, rasuah dan kebobrokan pimpinan dan Kerajaan UMNO-BN serta menggunakan semua instrumen sama ada melalui media sosial atau konvensional dalam menyampaikan pelbagai informasi kepada rakyat.

Jingga13 tidak pernah bersikap apoligetik terhadap sebarang perlakuan yang melibatkan kepentingan rakyat dan terus konsisten dalam memperjuangkan isu-isu rakyat.

Walau keterbatasan dana, Jingga13 tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk menjalankan pelbagai aktiviti atas nama perjuangan rakyat.

Jingga13 merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan di atas sumbangan daripada pelbagai pihak yang telah membantu serba sedikit dalam menjalankan aktiviti-aktiviti Jingga13.

Sangat-sangat dihargai dan tidak pernah dilupakan. Begitu juga pengorbanan ahli-ahli Jingga13 yang sanggup mengorbankan duit ringgit,masa dan tenaga tanpa mengharapkan balasan.

naik.jpgTahun 2014 adalah tahun kesengsaraan kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran pelbagai ‘kenaikan berantai’ oleh Kerajaan UMNO-BN serta taikon-taikon besar yang menjadi dalang utama. Rakyat akan dibebani peningkatan kos sara hidup terutama kenaikan perkhidmatan dan keperluan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Jingga13 terus bangkit menentang segala kenaikan demi rakyat marhean khususnya memikirkan nasib yang bakal ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah,sederhana serta fakir miskin.

Tindakan Datuk Seri Najib Razak memotong 10 peratus gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri hanyalah bersifat populis semata-mata dan tidak memberikan impak bagi meringankan bebanan rakyat.

Sedangkan Datuk Seri Najib dan pimpinan Kerajaan UMNOBN terus menggunakan dana rakyat melakukan pembaziran, penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta projek-projek mega yang tidak memberikan kepentingan kepada rakyat serta memenuhi nafsu serakah pimpinan UMNO-BN.

Semoga Tahun 2014 menjadi titik tolak kebangkitan rakyat yang akan menolak kezaliman dan mengangkat keadilan serta menentang kebobrokan demi rakyat dan negara tercinta.

Jingga 13 akan terus bergerak tanpa rasa penat dan jemu atas prinsip keprihatinan kepada rakyat. Melaksanakan pelbagai aktiviti dan program dengan lebih aktif, kondusif dan efektif.

Selamat tahun baru 2014.
MUAFAKAT, PRIHATIN, BERANI

* FARIZ MUSA adalah Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION