PKNS rai 32 kanak-kanak, remaja sempena Tahun Baru Cina | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


PKNS rai 32 kanak-kanak, remaja sempena Tahun Baru Cina

Oleh : AFEEQA AFEERA

KLANG, 30 JAN: Seramai 32 orang kanak-kanak dan remaja dari Good Samaritan Home, dekat sini, menerima kunjungan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang esok.

Kunjungan julung kali yang diadakan di pusat jagaan itu adalah bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS melalui program Jalinan Kasih.


IMG_9359Pengurus Perhubungan Awamnya, Ishak Hashim, berkata program itu bertujuan membantu meringankan beban dalam usaha menggembirakan penghuni rumah kebajikan berkenaan yang kebanyakannya hidup tanpa kasih sayang daripada ibu bapa sejak kecil.

“Melalui program ini, kita harap nilai murni seperti keprihatinan dan kesyukuran dapat dipupuk di kalangan warga kerja PKNS serta masyarakat dengan penghuni rumah ini,” katanya.

Beliau berkata, kunjungan mesra itu adalah antara beberapa siri program tahunan Jalinan Kasih PKNS yang menjejak ke beberapa daerah bagi menghulurkan bantuan dan menjalankan kerja komuniti.

Selain pemberian angpau, PKNS turut menyumbang RM5000 bagi membantu operasi pusat jagaan berkenaan yang menempatkan 16 penghuni lelaki dan 16 perempuan.

IMG_9366Sementara itu, Pengurusnya, Albert Ong melahirkan rasa terharu atas keprihatinan PKNS dalam menghulurkan bantuan bagi kemudahan kanak-kanak di pusta jagaan berkenaan.

Katanya, bantuan itu lebih bermakna buat penghuni di pusat jagaan berkenaan kerana mereka bakal menyambut perayaan Tahun Baru Cina, esok.

“Mereka sangat gembira kerana ada pihak yang tampil menghulurkan sumbangan supaya dapat menyambut perayaan dengan lebih ceria. Terima kasih PKNS,” katanya.

Good Samaritan Home ditubuhkan pada Januari 1999 dan diuruskan pasangan suami isteri, Albert Ong dan Y M Ong yang beroperasi sebagai pusat jagaan selain memberi perlindungan, penjagaan dan pendidikan kepada kanak-kanak berumur daripada dua hinga 18 tahun.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION