SELANGOR

400 warga emas DUN Bukit Malawati sertai Jom Shopping

KUALA SELANGOR 28 JAN: Seramai 400 warga emas dan warga miskin DUN Bukit Malawati diraikan dalam satu program Jom Shopping perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Seawal 9.00 pagi semua peserta hadir dengan penuh ceria dan teruja untuk membeli belah. Sebilangan Orang Kelainan Upaya (OKU) juga turut hadir.

jom shopping melawatiPeserta diambil dari senarai warga miskin yang layak melalui ketua ketua kampong dan ketua komuniti DUN Bukit Malawati yang dikhaskan untuk kaum Cina.

Program Jom Shopping menjadi ruang baru untuk warga emas dan warga miskin ini bertemu dan bertanya khabar, rata-rata warga emas ini menyatakan rasa gembira.

Jom shoping1“Saya amat berterimakasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana meraikan Tahun Baru ini bersamanya dengan memberi baucar membeli belah ini, walau anak-anak mampu menyediakan belanja tetapi bila kerajaan yang memberi ia tidak sama,” kata Ong Fu Chan, 67.

Penyelaras DUN Bukit Malawati, S. Manikavasagam yang turut menyantuni warga peserta dengan gembira memberi ruang kepada warga peserta untuk bersalam dan bergambar mengambarkan kegembiraan menyambut Tahun Baru Cina kali ini.

Beliau juga berpendapat inilah peluang yang membolehkannya mendekati warga emas dan warga miskin lebih rapat dan mengurangkan jurang perbezaan kaum.

Walau nilai RM100 yang disumbangkan oleh kerajaan Negeri hanya mampu meringankan sedikit beban warga emas dan miskin ini, tetapi sebalik daripada itu kebaikan yang lain dapat dimanafaatkan.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina dengan mengharap semua mengambil semangat kuda yang tangkas dan bersedia membuat perubahan.

EZY


Pengarang :