70% warga emas sertai SMUE, Selangor bayar RM109.2 juta | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


70% warga emas sertai SMUE, Selangor bayar RM109.2 juta

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM 22 JAN: Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berjaya mendaftarkan kira-kira 70 peratus warga emas yang layak di Selangor sejak dilancarkan pada 1 Oktober 2008 sehingga 31 Disember 2013.

Ketua Pegawai Operasinya, Kamsani Nasir, berkata pihaknya yakin angka itu mampu ditingkatkan di masa depan bagi memastikan lebih ramai warga emas yang layak menikmati hasil negeri.


mesra-usia-emasKatanya, 70 peratus ini merangkumi 219,771 orang warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Ia adalah pencapaian cukup memberangsangkan dan kami bekerja keras memastikan pendaftaran SMUE ini dipertingkatkan lagi,” katanya dalam satu wawancara bersama Selangor Kini.

Beliau berkata, sehingga 31 Dis 2013, kerajaan Negeri sudah membayar sebanyak RM 109.220 juta kepada penama didaftarkan.

Menerusi SMUE, apabila ahli meninggal dunia, penama berdaftar boleh menuntut sumbangan RM1,000 dari Pusat Khidmat DUN di kawasan si mati didaftarkan dan bakinya RM1,500 disampaikan dalam satu majlis khas.

“Selain meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan berkaitan dengan si mati, sumbangan RM2,500 ini juga berperanan menampung pembayaran kos pengurusan jenazah dan pengkebumian atau menyelesaikan hutang si mati,” katanya.

Beliau berkata, agensi kerajaan disaran memberi kerjasama dengan SMUE dalam mempertingkatkan lagi angka pendaftaran warga emas di negeri ini.

SMUE PetalingMenurut Kamsani, warga emas yang berurusan di agensi kerajaan boleh dicadangankan dan dilorongkan ke Pejabat Urusan Rantaian Emas Sdn Bhd di Bangunan Darul Ehsan untuk didaftarkan ke dalam SMUE.

“Selain usaha SMUE menjejaki warga emas dengan peranan Pejabat Daerah serta Pusat Khidmat Masyarakat di setiap DUN, agensi kerajaan yang lain juga boleh membantu kita.

“Kerjasama seperti ini mampu melonjakkan lagi angka pendaftaran agar lebih ramai lagi warga emas yang layak dapat menerima manfaat hasil negeri,” katanya.

Beliau melontarkan cadangan itu dengan mengambil contoh Pejabat Daerah Petaling yang memberi kerjasama baik menjejaki serta mendaftarkan warga emas yang layak di wilayah itu.

Mesra

“Pejabat Daerah Petaling sanggup buka kaunter pendaftaran di kawasan tumpuan warga emas seperti pasar malam. Usaha ini perlu dijadikan contoh,” katanya lagi.

SMUE adalah salah satu dari tujuh agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) Fasa 1 yang mula diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION