Abdul Khalid positif hadapi ‘karenah’ politik | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Abdul Khalid positif hadapi ‘karenah’ politik

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 JAN : Meskipun dihimpit pelbagai isu mencabar mutakhir ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap positif dengan menganggap perkara yang berlaku itu lumrah dalam suasana politik.

Beliau berkata proses itu dianggap biasa berlaku dan malah turut sama dihadapi pimpinan politik di negara lain seperti Thailand, Perancis dan Amerika Syarikat.


IMG_1792aKatanya arena politik adalah medan permainan bagi setiap pemimpin lebih-lebih lagi jika seseorang itu tidak mahir dalam bidang berkenaan.

“Politik itu adalah satu proses yang mana mereka akan mengalakkan diri untuk dikenali sebab itulah perkara ini berlaku.

“Jadi saya anggap ini satu lagi politik yang selalu digalakkan bukan sahaja di Malaysia tetapi turut melibatkan negara lain,” katanya yang ditemui selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya di Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Abdul Khalid berdepan pelbagai isu pada awal bulan lalu bermula dengan isu pengambilan kitab Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Petaling Jaya, diikuti keputusan pengambilalihan air dan berkenaan Pusat Giat Majlis Amanah Rakyat (MARA) Selayang.

Selain itu, isu berkenaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam Ahli Lembaga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut menimbulkan polemik di media massa negara.

EZY

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION