Selangorkini
SELANGOR

AKTIVITI YB: Maulidur Rasul DUN Gombak Setia

GOMBAK 15 JAN: Seramai 1,000 orang penduduk sekitar Taman Samudra dengan kerjasama tujuh buah surau  memeriahkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah Dun Gombak Setia.

Majlis yang bermula pukul 8.30 pagi itu telah dimulai dengan selawat dan dirasmikan Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan dan berakhir pukul 10.30 pagi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAMajlis perarakan yang dipenuhi dengan selawat memuji Rasulullah SAW bermula di Surau Ikhwan, Taman Samudra dan berakhir di Surau Sheikh Daud, Sri Batu Caves sejauh 1 Kilometer.

Sebanyak 7 buah surau yang terlibat adalah Surau Al-Ikhwan Taman Samudra, Surau Nurul Izzah, Surau Al-Ehsan Apartment Casmaria, Surau Al-Ehsan Flat Samudra, Surau Shiekh Daud, Surau Muhajirin Taman Selaseh dan Surau An-Naim Apartment Fiona.

Pelbagai sepanduk dan banner yang memeriahkan lagi suasana sambutan yang telah diadakan yang mewakili surau masing-masing.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAPenduduk juga bersatu tanpa mengira latar belakang politik bersama-sama keluar menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW.

“Sambutan yang amat baik dari masyarakat setempat itu menggambarkan kekuatan ikatan persaudaraan antara penduduk sekitar” kata Hasbullah.

Beliau berkata, masyarakat disarankan supaya tidak hanya menjadikan sesuatu hari sahaja untuk mengingati perjuangan Baginda, malah menjadikan seluruh kehidupan dan amalan seharian seperti Rasulullah SAW.

OLYMPUS DIGITAL CAMERATurut hadir bersama, YDP PAS Gombak, Salehuddin Nasir yang juga Ahli Majlis Zon 13, Pengurus PKM, Ramli Talib, pegawai-pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia dan pengerusi-pengerusi surau.

EZY


Pengarang :