SELANGOR

AKTIVITI YB: 200 sertai dialog cegah jenayah di DUN Subang Jaya

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SUBANG JAYA 11 JAN: Kira-kira 200 penduduk USJ 12 di sini hadir dalam sesi dialog antara Polis dan penduduk serta pemimpin setempat bagi membincangkan isu keselamatan dan pencegahan jenayah yang dianjurkan Pejabat Adun Subang Jaya.

Dialog itu yang berlangsung di padang USJ12/2 turut dihadiri Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, Ketua Polis Subang Jaya, OCPD ACP Tuan Yahaya Ramli, Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPSJ, Mohd Ariffuddin Kamari dan Ketua Balai Bomba SS17, Norizan Abu Bakar.

photo 1Tuan Yahaya, berkata Ops Cantas Khas yang dijalankan Polis akan diteruskan pada tahun ini dan berjanji akan melaksanakan yang terbaik bagi melindungi keselamatan penduduk.

Katanya, jumlah kadar jenayah dari kawasan itu menurun dari 30 kes pada 2012 kepada 23 kes pada 2013.

Dalam program itu Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh turut mengedarkan wisel sebagai usaha pencegahan jenayah kepada penduduk.

Kata Hannah, program dialog seumpama itu akan diperbanyakkan pada 2014 ini setiap bulan di kawasan yang berlainan di DUN Subang Jaya.

EZY


Pengarang :