SELANGOR

AKTIVITI YB : Dr Yunus turun padang pantau masalah infrastruktur

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 27 JAN : Meskipun sibuk dengan rutin hariannya sebagai Exco, Dr Ahmad Yunus Hairi sempat meluangkan masa melawat DUN Dusun Tua bagi meninjau masalah infrastruktur dan kemudahan awam yang dilaporkan di kawasan itu, baru-baru ini.

Lawatan itu bertujuan mendapatkan maklumat secara sama-rata daripada semua pihak yang bertanggungjawab terhadap aduan yang dibuat.

YunusKehadiran Ahmad Yunus disambut Adun Dusun Tua, Razaly Hassan, Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Datuk Ir Hamizan Mohd Inzan, Jurutera Daerah (JD) JKR Hulu Langat, wakil JPS Daerah Hulu Langat, Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung.

Antara aduan itu adalah berkenaan kelewatan projek tebatan banjir di Sungai Sireh, masalah cerun runtuh dan jalan terputus di Sungai Lalang, masalah cerun runtuh di Jalan Sungai Tekali dan masalah monsoon drain di Taman Seri Nanding.

Sebelum memulakan lawatan, Ahmad Yunus diberi penerangan awal mengenai progres kerja yang sedang berjalan oleh JD JKR Hulu Langat dan wakil JPS Daerah Hulu Langat.

yunus1Lawatan pertama bermula di Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sireh yang melibatkan projek naik taraf pembetung di tiga sungai iaitu Sungai Putih, Sungai Serai dan Sungai Jernih.

Projek yang bermula sejak Jun 2012 ini adalah kerjasama antara pihak JPS dan di bawah seliaan JKR Daerah Hulu Langat.

Antara masalah kelewatan projek yang dikenalpasti adalah masalah pengambilan tanah oleh pihak JPS, masalah pengalihan utiliti yang lewat dan penarikan diri kontraktor.

yunus2Bagi masalah tanah runtuh di Jalan Sungai Tekali, kerja-kerja membaikpulih tanah telah siap dilaksanakan dan dalam proses penilaian sebut harga pembaikan cerun.

Sementara itu, pembaikan cerun runtuh di Sungai Lalang sudah dimulakan sejak 10 Jun 2013 dan dijangka siap menjelang April tahun ini.

Untuk permasalahan monsoon drain di Taman Seri Nanding, pihak JKR Daerah Hulu Langat telah memohon peruntukan melalui Roadcare Sdn bhd bagi melakukan kerja-kerja senggaraan dan perparitan di kawasan tersebut.

EZY

 


Pengarang :