NASIONAL

Ambiga cabar Najib isytihar harta

SHAH ALAM 17 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dicabar supaya mengisytihar hartanya bagi menunjukkan komitmen pentadbiran beliau dalam memerangi rasuah.

Bekas Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus diketuai seorang yang boleh memaksa Najib untuk mengisytiharkan hartanya.

Ambiga mza picKatanya, Pengarah SPRM itu juga mesti bersedia untuk meletak jawatan jika berlaku campur tangan dalam kerjanya dan sanggup menyiasat Najib.

Ambiga juga menyifatkan, perdana menteri pula seorang yang akan mengatakan bahawa beliau bersedia untuk disiasat dan mengisytiharkan hartanya.

Ambiga berkata demikian ketika pelancaran badan pemantau antirasuah yang baru – Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) di Bukit Kiara, semalam.

Ambiga, seorang peguam kanan dan bekas presiden Majlis Peguam berkata, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memberi kuasa kepada pegawai suruhanjaya untuk bertindak walaupun hanya disyaki.

“Sejak kebelakangan ini, tekanan meningkat ke atas SPRM supaya menggunakan sepenuh kuasanya untuk membasmi rasuah besar oleh golongan elit politik.

Datuk-Seri-Najib-Tun-Razak1“SPRM kelihatan seperti ‘mengikat tangannya sendiri’ dengan mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai kuasa pendakwaan. Akta terbabit juga membolehkan penyiasat SPRM memaksa pegawai awam mengisytiharkan harta mereka.

“Mereka (pegawai SPRM) bimbang bahawa pengisytiharan harta akan membahayakan keselamatan mereka yang disiasat,” katanya yang dipetik daripada Malaysiakini.


Pengarang :