AMK gesa Kerajaan BN mula konsensus nasional demi keamanan negara | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


AMK gesa Kerajaan BN mula konsensus nasional demi keamanan negara

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 27 JAN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa supaya Kerajaan  Barisan Nasional untuk menimbangkan tawaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan konsensus nasional demi mengekalkan keamanan negara ini.

Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata beliau mengecam tindakan mereka yang cuba menimbulkan keresahan kaum dan menganggu-gugat keharmonian kaum di negeri Pulau Pinang.


wpid-amkwanitaDr Afif berkata, tindakan menaikkan kain rentang hasutan dan melemparkan molotov ke Gereja di Pulau Pinang adalah satu perubatan keji dan wajar dikecam semua pihak.

Katanya, beliau menggesa polis mengambil tindakan tegas dan segera ke atas mereka yang jahat dan tidak bertanggungjawab ini.

“Tindakan mereka ini bakal menimbulkan huru-hara dan keadaan tidak aman di Pulau Pinang.

“Adalah berharap, setiap lapisan masyarakat untuk terus kekal tenang dan sama – sama menyeru kepada toleransi dan hormat di antara pelbagai kaum dan agama,” katanya dalam satu kenyataan media.

EZY

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION