AMK lancar Aduan Rakyat, serah memorandum kepada KPDNKK | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


AMK lancar Aduan Rakyat, serah memorandum kepada KPDNKK

Oleh : LIZAWATI MADFA

PUTRAJAYA 10 JAN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini melancarkan program Aduan Rakyat AMK bagi menyediakan platform aduan kepada pengguna berkenaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilihat begitu membebankan.

Timbalan Ketua AMK, Nazree Yunus, berkata segala aduan yang diterima akan dipanjangkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.


nazree yunus 1Katanya, orang ramai boleh menghantar aduan melalui empat saluran yang disediakan iaitu; hotline SMS di talian 011-1091 1007, e-mel di aduanrakyatamk@gmail.com, twitter @aduanrakyatAMK dan laman Facebook di Aduan Rakyat AMK.

“AMK bersedia untuk menjadi perantara bagi menzahirkan aduan rakyat yang selama ini mungkin tidak disedari atau tidak sampai kepada pihak kementerian.

“Ini adalah inisiatif bagi membantu rakyat dalam menghadapi kos kenaikan harga barang dan sara hidup yang semakin tinggi,” katanya.

Terdahulu, beliau bersama beberapa anggota AMK hadir di KPDNKK, di sini, bagi menyampaikan memorandum Aduan Rakyat yang diterima Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Basaruddin Sadali.

20140110_105354Antara lain, memorandum berkenaan mencadangkan Majlis Perundingan Kos Rakyat ditubuhkan bagi menangani kos kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

“Majlis ini boleh membabitkan pelbagai pihak seperti kementerian, rakyat,persatuan pengguna, badan bukan kerajaan (NGO), parti politik, sektor pengeluaran, pembekal, pemborong dan peruncit.

“Mereka ini perlu meneliti, membuat kajian dan menyemak pandangan rakyat sebelum sesuatu tindakan berkaitan hak pengguna dilaksanakan termasuk dalam soal kenaikan harga barang dan kos,” katanya.

Nazree berkata, AMK juga bersedia menganggotai majlis atau sebarang usaha kerajaan pusat dalam mencari formula terbaik demi memastikan bebanan kos sara hidup serta kenaikan harga barang dapat diturunkan dengan kadar segera.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION