Selangorkini
NASIONAL

Anak Rosmah digugur dari pencalonan Oscar

SHAH ALAM, 23 JAN: Academy of Motion Picture Arts and Sciences Hollywood menyifatkan pembelian hak dan membiayai pembikinan sesebuah filem sebenarnya tidak melayakkan seseorang itu menjadi seorang produser.

Berikutan itu, dalam apa yang dilihat sebagai ‘satu tindakan yang jarang berlaku’, Akademi itu menggugurkan nama Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada senarai pencalonan Oscar bagi kategori filem terbaik bagi filem Wolf of Wall Street, semalam.

Riza RizzSebaliknya, senarai produser yang dicalonkan bagi filem berharga AS$100 juta itu adalah pengarah Martin Scorcese; pelakon utama Leonardo DiCaprio; rakan kongsi perniagaan Riza, Joey McFarland dan rakan Scorsese, Emma Tillinger Koskoff.

Memetik Malaysia Kini, senarai produser yang dicalonkan bagi filem Wolf of Wall Street itu dimuktamadkan oleh akademi terbabit, seminggu selepas pencalonan yang lain diumumkan.

Sebelum ini, Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio mengesahkan anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz terbabit dalam penerbitan filem The Wolf Of Wall Street yang mencetus pelbagai kontroversi di serata dunia.

Ia dibuktikan melalui ucapan Dicaprio sewaktu menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

 


Pengarang :