Anwar dengan kisah buah pala | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Anwar dengan kisah buah pala

Oleh : NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 27 JAN: Keperibadian seorang tokoh politik yang dekat dengan denyut nadi rakyat tidak mengira bangsa serta semangat juangnya kental mengharungi ranjau politik yang ada pada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini banyak dipengaruhi kehidupan beliau sejak di zaman kanak-kanak lagi.

Ini dapat dilihat dengan pendirian keras beliau membela rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan memastikan hak golongan lain terpelihara walaupun dari kalangan pihak yang berlainan warna kulit dengannya.


AnwarAnwar yang juga Ketua Pembangkang ketika mengimbas kembali suatu kisah ketika masih di alam kanak-kanak berkata beliau pernah dimarahi neneknya gara-gara mengambil buah pala dari tanah estet yang dimiliki seorang tauke berbangsa Cina.

“Pernah semasa kecil di kampung saya ambil buah pala daripada sebuah estet Cina. Masa itu saya ingat okeylah sebab Cina punya. Bila saya balik, saya masih ingat nenek saya tanya; ambil di mana? Ambil di pokok. Pokok mana? Pokok di estet Bukit Mertajam.

“Nenek saya kata lepas itu; la ni (sekarang) juga hang pi (kamu pergi) hantar balik. Memang saya hantar balik. Bagi dia mencuri tetap salah tak kira barang siapa pun yang kita curi.

Anwar“Saya pun pergi pergi semula ke pokok itu, terus campak sahaja buah pala itu sebab tak berani nak tunggu,” cerita Anwar ketika menjawab salah satu soalan dalam Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di Sunway Resort Hotel & Spa di sini, petang semalam.

Ketika mengimbas kembali pengalaman ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewaktu masih bergelar penuntut universiti dan dipenjara selama enam tahun sebelum ini berkata, pengalaman itu membina ‘antibodi’ yang kuat kepadanya dalam mengharungi pelbagai cabaran dalam arena politik negara.

“Saya bersyukur kerana dikurniakan sifat yang tidak menyimpan dendam kesumat malah saya hairan yang kena pukul aku, yang kena penjara aku tetapi yang marah kamu. Aku ‘rileks’ aja,” kata Anwar.

Anwar dengan falsafah politiknya ‘hendak mengubah sesuatu keadaan, kita perlu berada di kedudukan yang betul’ itu disifatkan sebagai antara tokoh politik dunia yang memiliki kekuatan stamina berpolitik yang paling berdaya saing dalam sejarah politik moden.

Pada 1998 beliau yang hanya tinggal selangkah sahaja lagi bagi menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia difitnah terlibat dengan kegiatan tidak bermoral dalam satu konspirasi yang melibatkan kepimpinan tertinggi negara ketika itu.

AnwarBeliau kemudiannya yang turut menjadi mangsa keganasan pihak polis ketika dalam tahanan dipenjarak enam tahun bagi kesalahan salah guna kuasa dengan mengarahkan pihak polis menyiasat penulis buku fitnah ’50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri’ dan beberapa rakan subahatnya.

Anwar yang juga terkenal dengan ikon mata lebam gara-gara ditumbuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor kemudian dibebaskan pada 2004 dan selepas itu mula mengorak langkah dalam usaha melakar wajah baru politik Malaysia.

Dalam usaha Anwar memimpin barisan pembangkang yang mempunyai kekuatan seimbang dengan kerajaan Barisan Nasional, beliau sebagai ahli politik ‘super heavy weight’ terus berhadapan keperitan kerenah politik dengan beberapa lagi siri fitnah bagi menghalang kemaraannya.

Kemuncaknya, Anwar bersama tiga parti pembangkang terbesar yang membentuk Barisan Alternatif, PKR, PAS dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen di samping berjaya menawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan mempertahankan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU-12) pada 2008.

Dalam PRU-13, Pakatan Rakyat menjadi pilihan rakyat negara ini apabila memperolehi undi popular sebanyak 52 peratus berbanding BN cuma 47 peratus.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION