AMK hantar memo bantahan ke Kedutaan Jepun | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


AMK hantar memo bantahan ke Kedutaan Jepun

SHAH ALAM 21 JAN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata mereka menuntut kedutaan Jepun menjelaskan perkara itu dan menyatakan permohonan maaf kepada Anwar kerana bertindak sedemikian.

shamsul-iskandar-pkr(1)“Berdasarkan rekod Anwar tidak ada sebarang isu sebelum ini dengan negara itu sehingga menghalang beliau memasuki Jepun minggu lalu oleh Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.


“Kita percaya tindakan kerajaan Jepun itu berlebihan, tiada jaminan dan menyalahi Artikel 13 Hak Asasi Manusia,” katanya dipetik dari Malaysiakini.

Tambahnya lagi, halangan tersebut disifatkan tidak wajar kerana Anwar difahamkan tiada sebarang isu melibatkannya dengan negara itu.

Shamsul juga memaklumkan memorandum tersebut diterima oleh wakil kedutaan, Masa Hiro dan dua orang lagi wakil kedutaan itu.

Penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION