NASIONAL

Anwar dihalang masuki Jepun, Kerajaan Jepun patut mohon maaf, tidak ulangi kesilapan

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 21 JAN: Kerajaan Jepun digesa untuk memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia kerana tidak membenarkan Anwar memasuki Jepun.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata tindakan menghalang Anwar memasuki Jepun itu bukan sahaja melibatkan kepentingan peribadi tetapi persoalan nasionak kerana Anwar adalah pemimpin Pakatan Rakyat yang menerima sokongan majoriti rakyat sebanyak 51 peratus dalam Pilihan Raya Umum-13 lepas.

anwar pc close 01Katanya, tindakan itu tidak menghormati keputusan rakyat Malaysia oleh Kerajaan Jepun yang sepatutnya tidak mencampuri urusan politik negara itu sebagaimana dipraktikkan negara ini.

“Alasan bahawa Anwar tidak dibenarkan masuk ke Jepun atas dakwaan kes sebelum ini pada 1999 adalah tidak masuk akal kerana sebelum ini Anwar sudah memasuki Jepun sebanyak tiga kali tanpa halangan pada 2006, 2009 dan 2012,” kata Kit Siang dalam kenyataan medianya.

Kit Siang berkata, Kementerian Luar Negara patut bertindak pantas dengan menggesa Kerajaan Jepun membuat permohonan maaf dan tidak mengulangi tindakan sedemikian berulang di masa hadapan.

japan_flag_blowingSebelum ini, Kerajaan Selangor juga kesal dengan kejadian yang menimpa Anwar yang merupakan tindakan menghina kedudukan Anwar selaku Ketua Pembangkang Malaysia yang dipilih oleh rakyat secara sah menjadi Ahli Parlimen menerusi pilihan raya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kesal kerana Kerajaan Selangor mempunyai hubungan baik dari segi diplomatik dan ekonomi dengan Jepun apabila pelaburnya adalah pelabur asing terbesar di Selangor manakala Anwar adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

EZY


Pengarang :