Anwar: Media Indonesia bebas kritik Presiden, media kita puji Najib PM terbaik dunia | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Anwar: Media Indonesia bebas kritik Presiden, media kita puji Najib PM terbaik dunia

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PUCHONG 5 JAN: Kebebasan media di Indonesia jauh meninggalkan Malaysia dengan melaporkan berita lebih telus dan jujur mengenai dasar kerajaan berbanding media tempatan negara ini yang dikongkong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata isu ini pernah disuarakan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) kepadanya ketika beliau mengadakan lawatan bertemu Presiden negara republik itu.


4“Saya duduk sekali dalam satu persidangan dengan Presiden SBY yang kebetulan hari itu muka depan media Indonesia melaporkan laporan positif tentang saya di muka depan dan di muka depan juga serang dia sebab skandal bank Century.

“Dia kata pada saya; tengok Pak Anwar medianya, aduh penat saya. Saya diserang habis-habisan tetapi Pak Anwar dipuji semua.

“Dia presiden, mengeluh media kritik dia tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Kita di sini pula, (laporkan) Perdana Menteri terbaik di dunia,” kata Anwar.

Beliau ketika menyampaikan ceramah dalam Kursus Merdeka Rakyat yang diadakan di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di sini, hari ini.

Kata Anwar, kebebasan media di Indonesia itu merupakan sebahagian dari hasil kejayaan rakyat negara itu melakukan reformasi sehingga menumbangkan kerajaan ketika dipimpin Presiden Soeharto pada 1998.

anwarindo0718Kata beliau lagi, reformasi di Indonesia berjaya mengukuhkan institusi penting di negara itu berbanding sebelumnya yang dicemari pelbagai rasuah termasuk salah guna kuasa pemimpinnya.

“Kekuatan Indonesia adalah institusinya selepas reformasi. Menteri masuk penjara, Gabenor Bank Negara masuk penjara, Ketua Pembentarasan Korupsi dalam penjara, Ketua Mahkamah Konstitusi nombor satu juga dalam penjara sebab rasuah. Bayangkanlah kekuatan institusi mereka hari ini.

Bagaimanapun tambah Anwar lagi, perkara ini berbeza dengan keadaan institusi penting kerjaan yang cuba memanipulasi kes-kes yang melibatkan kepentingan kerajaan.

“Lain di sini, Tun Ling Liong Sik sebelum pilihan raya didakwa, tetapi selepas pilihan raya dibebaskan. Memang kita dah jangka,” katanya lagi.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION