Anwar: Sarjana Islam perlu tingkat kerjasama bersama Oxford, Cambridge | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Anwar: Sarjana Islam perlu tingkat kerjasama bersama Oxford, Cambridge

SHAH ALAM 9 JAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru sarjana Islam bekerjasama lebih erat dengan Universiti Oxford dan Universiti Cambridge demi melakukan reformasi pendidikan tinggi.

Anwar Ibrahim Konvensyen Days Saing Komoditi 01Ketua Umum PKR itu berkata, tidak ada percanggahan di antara intelektual barat dengan pemikiran tamadun Islam, bahkan masing-masing berperanan mengangkat martabat kemanusiaan melalui tradisi keilmuan.

“Universiti Oxford dan Cambridge antara pusat keilmuan yang berperanan menyumbang kepada idea dan intelektual. Tidak ada percanggahan nilai.


“Melalui pendidikan, orang Islam dan bukan Islam dapat meningkatkan kefahaman demi kemanusiaan sejagat,” kata Anwar dalam pertemuan bersama ahli Oxford dan Cambridge Society Malaysia di Bankers Club.

OxfordDalam program tersebut, Anwar diperkenalkan sebagai pensyarah tamu yang pernah mengajar di St Antony’s College, Universiti Oxford diantara tahun 2005 hingga 2006.

Dalam sesi dialog tersebut, Anwar turut mengulas pengalaman negara Asia berhadapan isu rasuah, tatakelola kerajaan dan usaha-usaha pendemokrasian di kalangan negara-negara membangun.

“Ya, kita mengakui ada beberapa kelemahan. Terutamanya berkaitan dengan isu rasuah, ketelusan dan tatakelola kerajaan. Berbanding di Amerika Syarikat dan United Kingdom yang telah wujud dan kuat institusi ketelusan dan akauntabilitinya,” kata Anwar dipetik Keadilan Daily

EZY

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION