Anwar : ‘Wasatiyyah’ kerajaan cuma slogan tanpa amalan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Anwar : ‘Wasatiyyah’ kerajaan cuma slogan tanpa amalan

SHAH ALAM, 19 JAN: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan konsep ‘wasatiyah’ atau kesederhanaan yang dilaungkan kerajaan pusat cuma slogan tanpa amalan.

Katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily, kerajaan harus menunjukkan teladan yang boleh diikuti rakyat melalui dasar perbelanjaan dan pengurusan negara dalam usaha memupuk kesederhaan dalam kehidupan.

“Jika wasatiyyah hanya menjadi luahan bibir tetapi ketirisan, penyelewengan, pemborosan, penyalahgunaan kuasa, pembohongan dan penganiayaan menjadi amalan, maka siapa sahaja mampu untuk menzahirkan perkataan wasatiyyah.


anwar-gst“Seringkali wasatiyyah atau kesederhanaan menjadi lafaz di bibir, tetapi tidak berjaya menjadi amalan untuk dipraktikkan dalam kehidupan,” katanya dalam tazkirah Maghrib di Surau Taman Cermai, Sama Gagah, Permatang Pauh, kelmarin.

Pada 17 Januari lalu, genap dua tahun pelancaran Kursi Wasatiyyah di Universiti Malaya (UM) serta Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penubuhan institusi itu kononnya bagi melahirkan lebih ramai sarjana dan cendekiawan yang menerajui semangat kesederhanaan serta keseimbangan seperti tokoh Islam terkemuka al-Imam Ibnul Qayyim

Namun, langkah itu tidak digambarkan melalui tindakan kerajaan seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara selama bertahun-tahun berkenaan pemborosan dan ketirisan yang berjumlah puluhan bilion ringgit.

Menurut Ernst and Young, salah satu daripada empat firma audit terbesar di dunia dalam kajian mereka ‘Asia-Pacific Fraud Survey Report Series’ mendapati Malaysia adalah antara negara paling korup di dunia.

AuditGlobal Financial Index (GFI) mendedahkan, jumlah aliran wang haram daripada negara ini mencecah USD54 bilion bagi 2011 dan jumlah terkumpul RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011.

Manakala, menurut Index Persepsi Rasuah Dunia 2013 (World Corruption Index) Malaysia di tangga ke-53 daripada 177 negara berbanding Singapura pada tangga ke-5 dan Brunei pada tangga ke-38.

auditSehubungan itu, Anwar berkata, slogan wasatiyyah yang dilaungkan kerajaan dan pimpinan BN hanya mainan dibibir bagi mengaburi mata rakyat yang langsung tanpa amalan sebenar.

“Jika pemborosan, rasuah berleluasa, ketirisan dan pembaziran menjadi amalan kerajaan, maka ia tidak membawa sebarang perubahan untuk diteladani rakyat khususnya golongan bawahan yang mengharapkan pembelaan daripada mereka,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION