Blogger : Demonstrasi Umno sentiasa ‘halal’ | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Blogger : Demonstrasi Umno sentiasa ‘halal’

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 19 JAN : Tindakan pembangkang yang sering menganjurkan himpunan jalanan pasti mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak, namun akan dianggap ‘halal’ jika demonstrasi itu dianjurkan pemimpin Umno.

Penulis blog, Milo Suam, dalam satu kenyataan berkata, himpunan anjuran Umno tidak memerlukan notis sepuluh hari seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perhimpunan Aman walaupun dirancang kurang seminggu daripada insiden replika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disumbat kangkung.


Katanya, tindakan itu tidak menjadi pertikaian mana-mana pihak, malah secara automatiknya dianggap sebagai ‘himpunan aman’.

Milo-Suam“Bila himpunan dianjurkan Umno, maka ia secara automatik menjadi himpunan aman sedangkan Akta Perhimpunan Aman menetapkan notis sepuluh hari sebelum sebuah perhimpunan boleh dianjurkan.

“Tetapi Himpunan Pertahankan Najib tercetus selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, menyumbat kangkung ke dalam mulut replika Najib, pada 18 Januari lalu. Ini bermakna belum sampai seminggu pun himpunan ini dirancang.

“Namun biasalah, Umno buat apa pun halal. Dulu kata himpunan jalanan bukan budaya kita kononnya, tapi bila Umno berhimpun terus himpunan jalanan diangkat jadi adat Melayu,” katanya.

Penulis blog itu turut menyindir peserta demonstrasi terbabit yang kononnya berang dengan tindakan ADUN Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan tetapi kebanyakannya mengkritik DAP dan mengaitkan parti itu dengan isu perkauman.

“Nampak sangat peserta himpunan ini tidak tahu apa sebenarnya yang mereka perjuangkan dalam himpunan itu,” katanya.

Kangkung turunKira-kira 600 peserta termasuk ahli Umno Pulau Pinang berkumpul membantah tindakan Khai Loon dan mereka dilihat membawa sepanduk dan kad manila yang tertulis “Allahu Akbar” dan ‘Hidup Melayu’.

Salah satu sepanduk itu tertulis: ‘Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969… adakah anda mahu lagi?, manakala mesej lain yang disampaikan seperti ‘Hina PM seperti hina Melayu’, ‘Melayu Pulau Pinang bertahan kerana makan kangkung’ dan ‘ABCD_ Asal bukan Cina DAP’ dan ‘DAP musuh Islam’.

Najib ‘diserang’ pengguna media sosial berhubung kenyataannya baru-baru ini yang memberikan contoh harga kangkung turun di pasaran.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION