Contract for Service MBPJ bantu ibu tunggal, golongan miskin raih peluang kerja | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Contract for Service MBPJ bantu ibu tunggal, golongan miskin raih peluang kerja

Oleh : NAEEM RAFFI

PETALING JAYA, 31 JAN: Kerja pembersihan tandas awam melalui ‘Contract for Service’ yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berjaya membuka peluang pekerjaan kepada golongan ibu tunggal dan miskin di wilayah itu.

Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata dengan bayaran gaji RM1,500 sebulan membantu golongan berkenaan menampung kos kehidupan yang saban hari meningkat.


Alinah juga mengakui, peralihan tugas daripada kontraktor kepada lantikan pekerja di kalangan ibu tunggal dan miskin itu jauh lebih berkesan serta berbaloi.

datin-alinah“Melalui kontraktor, pekerja dibayar gaji sekitar RM500 sebulan. Mungkin itu penyebab mengapa prestasi kerja mereka kurang memuaskan pihak kami.

“Atas kesedaran itu, kita mengambil inisiatif melantik pekerja di kalangan ibu tunggal dan miskin dengan bayaran RM1,500 sebulan dan ternyata ia membuahkan hasil.

“Ini yang dikatakan ‘win win situation’. Mereka berpeluang meraih pendapatan yang memuaskan dan MBPJ pula dapat khidmat yang jauh lebih cemerlang dengan keadaan tandas bersih untuk kegunaan awam,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tinjauan Selangor Kini di beberapa tandas awam terbabit mendapati ia dalam keadaan bersih dan selesa untuk digunakan.

“Pemeriksaan kebersihan yang dilakukan Unit Kawalan Tandas Awam MBPJ mendapati tandas awam itu menunjukkan peningkatan tahap kebersihan dengan mencapai markah 90 peratus,” katanya.

Tandas 3Sejak dilaksanakan September lalu, tujuh pekerja di kalangan ibu tunggal dan miskin dilantik untuk melaksanakan kerja pembersihan di beberapa lokasi, yang mana mereka bertanggungjawab membersihkan tandas awam enam hari dalam seminggu, bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Segala keperluan dan peralatan pembersihan seperti bahan pencuci, berus, penyapu dan mop disediakan pihak majlis.

Alinah turut mengesa golongan yang layak merebut peluang itu bagi mengisi kekosongan di sembilan lagi lokasi tandas awam dengan menghubungi Bahagian Sumber Manusia MBPJ di talian 03-79563544.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION