Daroyah nafi wujud 80 pusat judi internet di Sementa | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Daroyah nafi wujud 80 pusat judi internet di Sementa

Oleh : AFEEQA AFEERA

KLANG 6 JAN: Dakwaan wujudnya 80 pusat judi internet di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa seperti yang digembar-gemburkan segelintir pihak disifatkan tidak tepat dan tersasar daripada angka sebenar yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata pihaknya bersama MPK sentiasa menjalankan pemantauan secara berkala terhadap premis yang didapati terbabit dengan perjudian internet.


Dr Daroyah Beri Tumpuan Bangun Infrastruktur 01Beliau berkata, statistik menunjukkan DUN Sementa memiliki 10 pusat kafe siber berdaftar, manakala 34 lagi yang dikenalpasti tidak memiliki lesen sah sudah dikenakan tindakan.

“Statsitik yang dilaporkan menunjukkan bahawa isu premis perjudian di DUN Sementa tidak banyak seperti di tempat lain dan pada hakikatnya antara terendah seperti yang dibentangkan Pengarah Peguatkuasa MPK, Andry Arman.

“Dakwaan bahawa wujudnya 80 premis perjudian di Sementa sangat tidak tepat dan palsu, bahkan ia dibuktikan dan disokong dengan pengeluaran kompaun yang sedikit berbanding lokasi lain di bawah seliaan MPK.

“Pihak MPK sudah menjalankan tugas mereka di premis yang disebutkan dan memang tidak ada masalah tentang perkara ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Kapar, Ahmad Kamarudin, mendakwa Daroyah yang juga ADUN Sementa gagal menyelesaikan beberapa isu termasuk dakwaan kewujudan pusat judi internet yang semakin berleluasa di kawasan itu.

Kamarudin mendakwa, perkara itu pernah diutarakan pkepada Daroyah ketika beliau menjadi penyelaras DUN Sementa mewakili PKR sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, namun tidak ada sebarang tindakan diambil.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, G.Manivannan yang turut dikaitkan dengan isu premis perjudian menempelak individu tidak bertanggungjawab yang membuat tohmahan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai palsu.

Beliau berkata, MPK sentiasa membuat pengawasan berdasarkan aduan orang ramai di bawah peruntukan undang-undang sedia ada dari semasa ke semasa.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan Parlimen Kapar seperti Genting Highland (pusat kasino) kerana ternyata tidak benar dan sengaja ditimbulkan untuk memburukkan Exco dan kerajaan negeri.

“Hentikan tohmahan dan fitnah tidak bertanggungjawab seperti itu. MPK giat menjalankan tugas mereka untuk memantau isu berkenaan,” katanya.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION