Debat isu kalimah Allah antara Noh Omar dan Khalid Samad batal | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Debat isu kalimah Allah antara Noh Omar dan Khalid Samad batal

SHAH ALAM 27 JAN: Debat isu kalimah Allah di antara dua tokoh politik iaitu Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad anjuran Akhbar Sinar Harian terpaksa dibatalkan ekoran menerima tekanan daripada pelbagai pihak.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali, berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pandangan badan bukan kerajaan (NGO), tokoh agama dan individu yang prihatin terhadap penganjuran debat tersebut.

Jalil“Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa. Justeru, kami mengambil keputusan ini setelah meneliti nasihat tokoh agama, beberapa NGO dan mereka yang prihatin.


“Pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian,” katanya seperti dilapor portal berita itu.

BatalBeliau berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.

“Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa dan justeru itu kami mengambil keputusan ini,” kata beliau.

Sinar Harian turut memohon maaf kepada mereka yang bersedia untuk mengikuti wacana ini tetapi keputusan dibuat walaupun berat atas semangat keharmonian dan perpaduan.

Program Wacana Sinar Siri-26 yang bertajuk “Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Undang-Undang” dijadualkan berlangsung hari ini di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada jam 2.30 petang.

Moderator yang dijemput bagi mengendalikan debat itu ialah pensyarah dan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Prof Madya Dr Sham Rahayu Abd Aziz.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION