NASIONAL

Dihalang masuk Jepun, Anwar tuntut penjelasan Kementerian Luar

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 20 JAN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan Kementerian Luar berhubung “laporan terkini” yang didakwa menghalangnya daripada memasuki Jepun, pagi semalam.

Anwar dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi tetapi dihalang masuk Pegawai Imigresen Jepun dan diarah pulang ke tanah air dengan menaiki penerbangan pertama atau akan dihantar pulang.

anwar whiteKetika cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak imigresen berhubung halangan berkenaan, Anwar dimaklumkan bahawa ia adalah berkenaan sabitannya (hukuman), pada 1999.

“Saya beritahu mereka ini tidak boleh dijadikan alasan kerana saya sudah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali sebelum ini iaitu pada 2006, 2009, dan 2012.

“Selepas beberapa kali didesak, akhirnya mereka memberitahu saya tindakan itu terpaksa diambil kerana “laporan terkini”, pada 2013,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau tidak mempunyai pilihan selain terpaksa mengambil penerbangan berikutnya ke Malaysia, pada jam 10.45 pagi.

anifah amanAnwar yang hadir ke Tokyo atas jemputan peribadi Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa untuk membentangkan kertas kerja berkenaan Demokrat Islam mengesahkan tidak ada halangan bagi dirinya memasuki negara itu berdasarkan semakan di Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur, pada minggu lalu.

Beliau yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR0 turut membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak wajar itu yang menafikan haknya untuk bergerak bebas tanpa sebarang halangan.

“Ia memang mustahil bagi sebuah negara demokrasi terkemuka di dunia untuk mengambil tindakan sebegini dan memberi gambaran kemungkinan ada dalang di sebaliknya,” katanya.

-NFN-


Pengarang :