EKSKLUSIF: Kadar kenaikan gaji 5 tahun Indonesia 10%, Malaysia 2% | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


EKSKLUSIF: Kadar kenaikan gaji 5 tahun Indonesia 10%, Malaysia 2%

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 10 JAN: Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun masih berkembang tetapi bebanan hutang Kerajaan Pusat yang semakin bertambah menyebabkan rakyat tertekan dengan peningkatan mendadak kos sara hidup.

Peningkatan kos sara hidup itu berlaku berikutan langkah kerajaan memotong pelbagai program seperti memotong subsidi petrol, barangan keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 nanti.


rafizi ekonomiPengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata lebih memburukkan keadaan, peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan apabila dalam jangka masa lima tahun kadar kenaikan gaji di negara ini hanya sekitar dua peratus berbanding Indonesia 10 peratus dalam tempoh sama.

“Kita tengok Singapura kadar perkembangan ekonominya kukuh tumbuh dengan baik, gajinya naik. Kita tengok Indonesia pula kadar kenaikan gaji 10 peratus dalam tempoh lima tahun berbanding kita 2.6 peratus maksudnya kadar gaji di Indonesia lima kali ganda meningkat lebih cepat berbanding kita.

“Bila kita tengok pula hasil perkembangan ekonomi kepada rakyat negara lain gaji naik, harga barang tidak meningkat dengan banyak dan mendadak, taraf hidup bertambah, perkhidmatan seperti sekolah dan sebagainya menjadi lebih baik tetapi di Malaysia pula makin menurun.

gaji indon“Bukan sahaja di Asia Tenggara sahaja tetapi juga seluruh dunia negara lain yang sumber dan kekayaannya sama lebih kurang Malaysia juga keadaannya lebih baik. Trend ini sangat merisaukan kita,” kata Rafizi dalam satu temubual eksklusif bersama Selangor Kini di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di Puchong baru-baru ini.

Pada 25 November tahun lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di Parlimen menyatakan bahawa kadar hutang negara meningkat kepada RM529.6 bilion atau 53.6 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir September lalu menghampiri 55 peratus had siling hutang yang dibenarkan.

Sebelum itu tatkala rakyat diberitahu ekonomi negara berkembang baik, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pula menyatakan negara bakal menghadapi muflis pada tahun 2019.

Institusi penganalisis ekonomi, Badan Bebas Pusat Penyelididkan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) juga memberikan amaran bahawa Malaysia akan berhadapan dengan keadaan negara muflis jika jumlah hutang negara mencecah RM1 trillion dan mengikut unjuran hutang negara, negara bakal muflis pada 2019 dengan kadar hutang RM1.16 trillion.

Kelemahan dalam mengurus ekonomi dan hutang negara yang meningkat sehingga kerajaan membentangkan belanjawan defisit selama 16 tahun berturut-turut ini mencipta sebahagian besar kepada persepsi masa hadapan mengenai keadaan negara yang bakal menghadapi muflis.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION