NASIONAL

Elaun makan pekerja perlu diperluas

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 8 JAN: Kerajaan pusat dan majikan disaran untuk memperluaskan pemberian kadar elaun makanan yang bersesuaian untuk diberi kepada pekerja ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Senator Dewan Negara, Syed Syahir Syed Mahmud, berkata satu kajian perlu dilakukan kerajaan untuk menilai keperluan elaun makanan seorang pekerja supaya cadangan itu dapat dilaksanakan.

107700_nasi-goreng_663_382Katanya, pemberian elaun makanan dan subsidi makanan pekerja masih belum menyeluruh dilaksanakan di negara ini.

“Kajian itu penting bagi memastikan pekerja mendapat elaun yang munasabah hanya untuk keperluan hidup bukan untuk bermewah.

“Ia adalah kajian kadar harga makanan yang paling asas untuk manusia untuk jumlah makan bagi sehari,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Syed Shahir Syed MohamudKatanya, beliau sudah menjalankan kajian keperluan pekerja di Lembah Klang membabitkan jumlah elaun makanan yang diperlukan seorang pekerja.

Sebelum ini, KPMG Malaysia menggesa sektor awam dan swasta supaya menaikkan gaji pekerja mereka secara berperingkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pada April 2015.

Syarikat konsultan berkenaan mencadangkan kenaikan enam peratus setahun bagi membantu pekerja menangani kos sara hidup yang tinggi di Malaysia.

-NFN-


Pengarang :