Exco: Selangor sumbang lebih 25 peratus pendapatan negara | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Exco: Selangor sumbang lebih 25 peratus pendapatan negara

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 25 JAN: Selangor menyumbang satu perempat atau 25 peratus jumlah pendapatan negara melalui cukai berbanding satu perlima sebelum ini yang menzahirkan keupayaan ekonomi Selangor sebagai negeri maju.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, kajian Malaysia Institut of Economic Research (MIER) menunjukkan bahawa pendapatan purata bagi keluarga golongan sederhana yang mempunyai empat ahli keluarga di Selangor ketika ini berjumlah RM5,753 sebulan.


DSC_8581Kata beliau lagi, Kerajaan Negeri ketika ini sedang giat melipat gandakan usaha bagi membantu meningkatkan lagi pendapatan golongan berpendapatan rendah kepada tahap yang lebih tinggi lagi.

“Kajian dijalankan berdasarkan kajian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan perkapita rakyat dan juga berdasarkan bagaimana pulangan pelaburan kepada persekutuan,” kata beliau.

Kajian itu dibentangkan panel institut kajian itu dalam pemungkiman Menteri Besar bersama Exco Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan baru-baru ini.

Rodziah berkata demikian selepas beliau merasmikan Program Hormat Diri Anda yang dianjurkan Exco Hal Ehwal Wanita Selangor pagi tadi.

DSC_8663Sementara itu dalam program yang turut dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei dihadiri lebih 100 wanita dari pelbagai peringkat usia.

Program itu diadakan bagi memupuk kesedaran generasi muda wanita di negeri itu terhadap keupayaan sebenar dan peranan yang boleh dimainkan wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan kehidupan yang lebih sejahtera.

DSC_8611Antara acara yang diadakan dalam program sehari itu, Forum, persembahan artis, cabutan bertuah, jualan pelbagai bahan bacaan dan cederamata serta kaunter khidmat awam.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION