Fuziah ambil tindakan undang-undang, bakal saman blogger MyMassa | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Fuziah ambil tindakan undang-undang, bakal saman blogger MyMassa

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 18 JAN: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger MyMassa yang didakwa memfitnahnya melalui penerbitan satu artikel, baru-baru ini.

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat pada 14 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan akan diserahkan kepada peguam dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.


Fuziah Salleh“Laporan polis yang dibuat sebelum ini akan diserahkan kepada peguam dalam rangka untuk menyaman blogger MyMassa yang sudah memfitnah saya,” katanya melalui laman Facebook.

Fuziah berkata, tindakan itu diambil susulan blog pro-Umno berkenaan yang secara jelas sengaja menghasilkan artikel untuk menjejaskan karier politiknya.

Penulis blog itu mendakwa Fuziah menyalahgunakan duit banjir yang diperuntukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berjoli di Ghuangzhou, China.

Tuduhan itu dinafikan Fuziah kerana tegasnya tidak ada pindahan wang dilakukan ke dalam akaun beliau, sebaliknya bantuan disalurkan dalam bentuk barangan.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION