Gani Patail patut dipecat atau letak jawatan Peguam Negara | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Gani Patail patut dipecat atau letak jawatan Peguam Negara

SHAH ALAM 14 JAN: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digesa meletakkan jawatan ekoran keputusannya menarik kembali tuduhan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung isu skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu serius menangani isu melibatkan penyelewengan wang, salah guna kuasa seperti yang selalu dilaungkan dalam pentadbiranya.

gani-patail (1)Justeru kata Tony, maka kini merupakan masa terbaik bagi Najib Razak untuk menghukum Gani atas ketidakcekapan peguam negara itu melaksanakan tugas penting.


“Kita ingin tahu adakah dakwaan rapuh sengaja dikenakan ke atas mereka bagi membuktikan yang Najib begitu serius dalam banteras rasuah.

“Sekiranya Najib begitu serius dalam hal ini maka beliau tidak perlu teragak-agak memecat peguam negara dan menggantikan dengan mereka yang cekap dan akan bertindak serta menghukum tanpa dibayangi atau takut dengan sesiapa pun,” katanya dalam kenyataan media.

tony-puaTony (gambar kiri) berkata pembebasan bekas menteri itu mewujudkan tanda tanya pihak yang bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat paling mahal setakat ini.

Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kesal dan sedih kerana pembebasan Chan daripada tuduhaan skandal RM12.85 bilion PKFZ membuktikan tidak ada pemimpin dipertanggungjawab atau dihukum kerana mengakibatkan kerugian besar kepada dana awam.

Katanya, sebelum Chan, Tun Dr Ling Liong Sik juga dibebaskan daripada pertuduhan menipu Kabinet dalam skandal berkenaan, pada 25 Oktober tahun lalu.

Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu Abdullah mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.

Projek tersebut berharga RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, namun berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION