GERAMM: Jom ‘berhibur’ di demo Pensel Merah hari ini | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


GERAMM: Jom ‘berhibur’ di demo Pensel Merah hari ini

SHAH ALAM 4 JAN: Kurang beberapa jam sebelum protes membantah penggantungan The Heat di Kuala Lumpur hari ini, penganjurnya sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media supaya hadir bersetiakawan, sekali gus membuat liputan acara itu.

Dalam kenyataannya, Gerakan Media Marah (GERAMM) juga mengumumkan, beberapa pemimpin aktivis NGO terkenal dan wakil rakyat sudah mengesahkan kehadiran mereka sebagai tanda sokongan.

“Kami juga menyeru mereka yang hadir untuk bergelak tawa dan berhibur di tengah kota bersama kami dalam acara hari ini,” kata GERAMM.


Copy of geram-poster

Agenda “Protes Pensel Merah” itu antaranya bacaan lapan tuntutan GERAMM, bacaan puisi, ucapan aktivis dan tokoh media serta acara khas mematahkan pensel merah beramai-ramai sebagai lambang matinya kebebasan media.

Pengamal media dan orang ramai digalakkan berpakaian merah dan membawa pensel dengan warna sama, menurut kumpulan itu lagi.

Sementara itu, GERAMM berkata, perhimpunan hari ini akan berjalan secara aman dan provokasi serta slogan politik kepartian tidak dibenarkan.

“Slogan-slogan semuanya ke arah desakan kebebasan media dan tidak memprovokasi pihak-pihak tertentu,” kata kenyataan itu lagi.

Protes Pensil Merah dijadual bermula pada jam 2 petang hari ini di Dataran Jam Leboh Pasar Besar depan Majlis Peguam di Kuala Lumpur.

Ia antaranya bertujuan menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan menggantung The Heat, menuntut kebebasan media serta siasatan semula dengan rapi terhadap insiden keganasan terhadap wartawan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

-EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION