GERAMM sedia disiasat kerana anjur perhimpunan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


GERAMM sedia disiasat kerana anjur perhimpunan

SHAH ALAM 6 JAN: Gerakan Media Marah (GERAMM), penganjur perhimpunan menuntut kebebasan media dan menyokong The Heat di ibu negara, pada 4 Januari lalu rela disiasat polis dan memikul tanggungjawab penuh atas acara itu.

Perkumpulan longgar wartawan itu bagaimanapun menegaskan protes itu hanya satu permulaan dan tidak mengendurkan semangat “berani lawan” mereka.

“Jika benar laporan The Sun (malam) tadi, saya sedia disiasat isu Protes Pensel Merah. Saya ambil penuh tanggungjawab.


safe_image“Saya beri kerjasama penuh pada polis untuk siasatan ini seperti polis tidak ganggu hak kami adakan Protes Pensel Merah 4 Januari,” kata jurucakap GERAMM, Fathi Aris Omar yang dipetik daripada Malaysiakini, hari ini.

The Sun malam tadi melaporkan, polis sudah memulakan siasatan terhadap penganjuran “Protes Pensil Merah” oleh kumpulan wartawan dan aktivis media kerana gagal memberikan notis berhimpun 10 hari lebih awal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Sementara itu, dalam kenyataannya di Twitter malam tadi, Fathi berkata, sebagai editor, siasatan selalunya “proses biasa” yang sudah lama dilaluinya.

“Saya tunggu notis rasmi pihak berwajib,” katanya.

Pada 4 Januari lalu, peserta perhimpunan itu bermandi hujan dengan berkumpul di dataran dekat Leboh Pasar Besar di ibu negara dan berarak sehingga Masjid Jamek bagi menyatakan bantahan mereka.

media bebas4Selain pembatalan penggantungan The Heat, GERAMM mengemukakan tujuh lagi tuntutan, termasuk menyiasat semula dengan rapi insiden keganasan terhadap wartawan dalam perhimpunan BERSIH 3.0 yang belum selesai.

Mereka turut mematahkan pensel merah beramai-ramai sebagai lambang wartawan yang tercedera dan patahnya kebebasan media di negara ini.

Turut hadir menyokong perhimpunan itu termasuk pemimpin popular DAP Lim Kit Siang; bekas Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga dan aktivis, Datuk Marina Mahathir.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION