SELANGOR

Harga minyak naik jejas pengusaha makanan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 8 JAN: Kenaikan harga barang yang mendadak sejak pengumuman kenaikan harga minyak September 2013 memberikan impak besar kepada pengusaha makanan yang bergantung kepada pembekal untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.

Hal itu dikejutkan lagi dengan kenaikan harga ais RM0.50, sekali gus menjadikan harga baru ais RM1 satu beg.

Tinjauan Selangor Kini ke beberapa premis perniagaan mendapati kenaikan harga barang memberikan impak langsung kepada mereka, sekali gus tindakan menaikkan harga makanan terpaksa dilakukan.

BPembantu Restoran Geng Corner, Farhana Zulkifli, berkata kenaikan harga makanan sudah mula dilaksanakannya, sejak 2 Januari lalu.

Katanya, walaupun mendapat teguran daripada pelanggan, dia terpaksa menaikkan harga makanan kerana peningkatan kos perniagaan.

“Kami sudah mula menaikkan harga sejak Isnin lalu (2 Januari). Kenaikan harga barang memberikan kesan kepada perniagaan. Kenaikan harga ais batu RM0.50 turut memberi kesan kepada kami,” katanya.

Farhana berkata, daripada segi kuantiti makanan masih dikekalkan seperti biasa walaupun harga barang mengalami kenaikan.

ANamun, situasi berbeza berlaku di Restoran Ali Maju yang mengambil pendirian untuk tidak menaikkan harga makanan buat masa ini.

Pengurusnya, Rahman Mustaffa, berkata harga di restorannya masih dikekalkan sejak dibuka hampir tiga tahun lalu.

“Setakat ini tidak ada kenaikan harga. Kita masih mengekalkan harga dan kualiti yang sama,” katanya.

-NFN-


Pengarang :