SELANGOR

Insentif baru SMUE hargai warga emas Selangor

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM – Cadangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) memperkenalkan insentif tambahan meraikan ulang tahun kelahiran ahli di bawahnya dilihat satu lagi usaha penambahbaikan dalam menghargai warga emas di Selangor.

Ketua Pegawai Operasi Rantai Mesra Sdn Bhd (RMSB), Kamsani Nasir, berkata insentif terbabit masih diperingkat cadangan dan melaluinya setiap ahli layak menerima RM100 setiap tahun selama lima tahun.

mesra-usia-emasKamsani berkata, ia adalah satu lagi nilai tambah yang membuka ruang kepada warga emas untuk menikmati hasil negeri ketika mereka masih hidup.

“Kita mempunyai beberapa cadangan kaedah pemberian insentif. Kita akan lihat kaedah yang paling efektif dan rasional untuk dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada warga emas di negeri ini.

“Bagaimanapun, ia hanya akan dilaksana selepas dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN),” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima respon positif daripada orang awam berkenaan insentif tambahan berkenaan.

-NFN-


Pengarang :