NASIONAL

Insiden 8 keretapi tergelincir, Hishamuddin perlu pandang serius

Oleh: Siraj Zaini

SHAH ALAM 13 JAN – Insiden membabitkan sebanyak lapan keretapi tergelincir sepanjang tahun lalu perlu memberi pengajaran sewajarnya kepada Kementerian Pengangkutan supaya mencari penyelesaian bagi mengatasinya.

ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran, berkata insiden yang berlaku itu perlu disiasat segera kerana ia bukan sahaja melibatkan risiko kecederaan dan kematian, tetapi memberi masalah besar kepada urusan perkhidmatan pengangkutan orang awam dan barang-barang.

tergelincir“Mesti ada siasatan segera ke atas lapan insiden itu, dan juga aktiviti penyelenggaraan landasan dan keretapi.

“Landasan dan penyelenggaraan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) adalah amat penting untuk mengelakkan sebarang kejadian itu berulang di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden pada 9 Januari lalu yang mengakibatkan sebuah keretapi kargo tergelincir daripada landasannya berhampiran stesen Angkasapuri, Kuala Lumpur.

rajiv bukit gasing 01Insiden berkenaan menyebabkan jadual perkhidmatan KTMB mengalami kelewatan selama kira-kira 30 minit sehingga tengah malam berkenaan.

Rajiv berkata, pemangku Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein perlu membuktikan kredibilitinya kerana insiden yang berlaku boleh mendatangkan kebimbangan kepada semua pihak yang menggunakan perkhidmatan keretapi.

“Dengan cara itu, baru kita boleh membina semula keyakinan sektor awam dan swasta yang menggunakan perkhidmatan keretapi untuk terus menggunakannya secara maksimum,” katanya lagi.

EZY


Pengarang :