ISA: Najib Razak perlu tegas nyata pendirian | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


ISA: Najib Razak perlu tegas nyata pendirian

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 11 JAN: Sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berdiam diri ketika kempen pengenalan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dilakukan membuktikan beliau tidak relevan dalam menentukan halatuju negara.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata Najib cuba memperagakan dirinya sebagai pemimpin sebuah negara sederhana di pentas global, namun tidak memainkan peranan penting apabila beliau perlu untuk membuat keputusan mengenai isu mendesak di negara ini.


“Nampaknya terdapat satu gerakan untuk mewujudkan suasana tidak demokratik dan panas di Malaysia.

anti-isa“Kuasa itu kelihatan cuba menggunakan suasana panas di Malaysia untuk membenarkan undang-undang ISA yang zalim dipulihkan,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, dalam keadaan berkenaan, Najib seolah-olah tidak relevan dan janjinya menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia hanya retorik semata-mata.

Lim turut mempersoalkan sama ada kuasa tidak demokratik, yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat sokongan media arus perdana dan polis.

“Walaupun kumpulan ini masih belum mencalonkan perdana menteri mereka sendiri, mereka seolah-olah menentukan dasar yang perlu diguna pakai oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional,” katanya.

isa-2Sebelum ini, Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memulakan cadangan memperkenalkan semula ISA dan berkata undang-undang itu diperlukan untuk mengawal golongan pelampau yang mengancam kestabilan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudian menyertainya dengan berkata, beliau mahu dan berharap agar ISA yang diperkenalkan semula.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua, berkata Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak layak untuk memegang jawatan Ketua Polis Negara apabila mengeluarkan kenyataan menyokong untuk pengenalan semula ISA itu.

Katanya, kenyataan itu bertentangan dengan kenyataan Najib ketika mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dengan berkata ketika negara lain semakin menjauhi prinsip demokrasi, Malaysia dan Turki berkongsi komitmen terhadap semangat dan amalan demokrasi.

“Rakyat Malaysia bimbang Ketua Polis Negara sekali lagi menerajui kempen untuk mengembalikan akta zalim (ISA) yang disalahgunakan untuk menahan ahli politik ditahan tanpa menggunakan sistem badan kehakiman,” kata Tony Pua.

EZY

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION