Iskandar : Pembeli rumah berkembar Bukit Botak diminta bertenang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Iskandar : Pembeli rumah berkembar Bukit Botak diminta bertenang

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 JAN: Pembeli unit rumah berkembar di Bukit Botak yang masih gagal mendapatkan pinjaman bank dinasihatkan untuk bertenang dan tidak bimbang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata kerajaan negeri akan berbincang dengan pemaju perumahan terbabit iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam masa terdekat bagi mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan berkenaan.


Katanya, adalah mustahil untuk membiarkan rakyat yang teraniaya lebih 20 tahun terlepas peluang memiliki kediaman mereka memandangkan projek terbabit adalah usaha keras kerajaan negeri.

Iskandar Lawatan Tapak Projek RMM 02“Sebelum ini, walaupum tempoh surat tawaran sudah tamat tetapi PKNS masih bertolak ansur dengan memanjangkan lagi tempoh tawaran selepas mengambil kira keistimewaan projek Bukit Botak.

“Jadi, rakyat diminta untuk tidak cepat melatah kerana ini projek kerajaan negeri dan dibangunkan anak syarikat kita, maka tidak apa yang perlu dibimbangkan,” katanya pada sidang media, di Pusat Khidmat ADN Chempaka, semalam.

Pada masa sama, Iskandar turut kesal apabila pihak bank di Malaysia enggan memberi kerjasama kepada kerajaan negeri bagi menguruskan pinjaman perumahan kepada rakyat Selangor.

“Kerajaan negeri berhasrat untuk meletakkan RM10 juta dalam bank, namun jumlah pinjaman yang diperlukan hanya RM6 juta. Jadi, apabila pembeli gagal membayar, mereka tidak akan rugi kerana ada wang jaminan sementara rumah itu akan jadi milik kerajaan negeri.

“Tetapi malangnya, walaupun skim ini diakui baik oleh Bank Negara, pihak bank yang ada masih tidak memberikan kerjasama. Ini antara kekangan kita,” katanya.

BUkit botakProjek rumah berkembar Bukit Botak diambil alih pembinaannya oleh kerajaan negeri selepas puluhan tahun gagal diselesaikan kerajaan Barisan Nasional (BN), pada September 2010.

Bertempat di tanah seluas 66.78 hektar, ia menempatkan 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat berharga RM99,000 seunit bagi kediaman standard.

Sehingga kini, kira-kira 100 pembeli berjaya membeli rumah dengan bayaran tunai, manakala lebih 100 pula sudah mendapat pinjaman bank sementara bakinya masih lagi tidak berjaya.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION