Isu PKNS: SUK minta semua pihak tidak sebar khabar angin | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Isu PKNS: SUK minta semua pihak tidak sebar khabar angin

SHAH ALAM 21 JAN: Kerajaan Negeri berharap semua pihak tidak membuat spekulasi dengan menyebarkan khabar angin berkenaan isu penamatan khidmat Mohamed Azmin Ali sehingga siasatan dalaman selesai dijalankan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membuat keputusan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata siasatan dalaman sedang dijalankan ke atas Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS bagi merungkai perkara sebenar.

Suk PKNSBeliau berkata, pengurusan PKNS juga diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.


“Kerajaan Negeri tidak pernah mengarahkan Pengurus Besar PKNS, agar surat penamatan khidmat Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS ditarik balik,” kata Khusrin.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak pernah mengarahkan PKNS supaya menarik semula surat penamatan perkhidmatan Azmin Ali yang bertarikh 8 Januari 2014 itu

“Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan Pengurus Besar PKNS dalam surat yang bertarikh 16 Januari 2014 itu adalah tidak benar.

“Isu ini akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diadakan pada Rabu, 22 Januari 2014 ini,” kata Khusrin dalam satu kenyataan media hari ini.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION