SELANGOR

Jangkitan kencing tikus, pusat rekreasi Sungai Kedondong diarah tutup

SHAH ALAM 1 JAN : Kawasan rekreasi Sungai Kedondong, Batang Kali di arah tutup bermula 26 Disember lali berikutan kematian remaja lelaki dan rakannya yang disyaki dijangkiti leptospirosis atau kencing tikus.

Exco Kesihatan, Pembangunnan Usahawan, Sains Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata langkah itu diambil mengikut Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 selepas hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa mandi di sungai dan air terjun berkenaan, selain berkhemah dan makan di kawasan ini pada 14 sehingga 15 Disember lepas.

daroyah“Siasatan juga mendapati tempat mereka mandi juga berisiko untuk jangkitan leptospirosis dan persekitaran yang penuh sampah sarap yang dibuang atau ditinggalkan oleh pengunjung,” kata Dr Daroyah dalam satu kenyataan.

Katanya, keadaan kotor ini boleh mengundang risiko dan penularan virus leptospirosis dan ia akan dibuka selepas pihak berkuasa tempatan, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menambah baik bagi memastikan kebersihan kawasan itu terjaga.

“Pejabat kesihatan dan majlis daerah jiuga sudah mengenal pasti semua lokasi yang berisiko sebagai tempat jangkitan itu,” kata Dr Daroyah.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah meminta kerjasama pihak majlis daerah untuk meletakkan lebih banyak papan tanda amaran dan keperluan untuk mengambil langkah pencegahan terutamanya di tempat berisiko.

“Pemantauan kebersihan di kawasan ini serta pengambilan sampel ini serta pengambilan sampel tanah, air dan pemasangan perangkap tikus dijalankan pihak kesihatan dan akan diteruskan,” katanya.

Selain itu beliau turut mengingatkan pengunjung jika mengalami gejala seperti demam, sakit kepala, loya, muntah, sakit otot, abdomen dan betis, kemerahan pada mata, ruam, batuk, mata kekuningan atau air kencing berwarna kehitaman dalam masa 14 hari selepas pulang dari mana-mana pusat rekreasi agar segera mendapat rawatan awal antibiotik di klinik berhampiran.

EZY


Pengarang :