Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan perlu kaji kedudukan Harussani | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan perlu kaji kedudukan Harussani

Oleh : AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR 3 DIS: Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan digesa mengadakan mesyuarat khas bagi mengkaji kedudukan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kenyataan beliau terhadap peserta Himpunan Turun, pada 31 Disember lalu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata fatwa terbabit jelas mengelirukan dan dilihat bententangan dengan Islam sehingga dapat menimbulkan kekecohan.


mahfuz omarKatanya, tindakan itu perlu diambil memandangkan kenyataan peserta yang hadir dalam perhimpunan sebagai ‘penderhaka kepada kerajaan’ dan ‘dihalalkan darah dan bughah’ (pemberontak) adalah dakwaan yang boleh menimbulkan ketegangan.

“PAS hari ini menggesa Jawatankuasa Fatwa memanggil segera mufti di seluruh negara menghadiri menyuarat khas bagi membincangkan kedudukan Harussani sebagai Mufti Perak berhubung dengan fatwa yang dikeluarkan.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh peringkat tertinggi Jawatankuasa Fatwa kerana apa yang diperkatakan beliau mengelirukan pelbagai pihak sehingga dapat menimbulkan ketegangan yang melampau,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, Majlis Fatwa tidak lagi boleh bertolak ansur dalam soal kedudukan Harussani sebagai mufti kerana sebelum ini banyak fatwa yang dikeluarkan menimbulkan salah faham kepada masyarakat Islam di negara ini.

Selain itu, beliau meminta Majlis Fatwa mengeluarkan kenyataan balas berhubung perkara terbabit bagi meredakan tekanan selain memulihkan semula imej Majlis Fatwa terhadap rakyat.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION