SELANGOR

Kajian MIER: Selangor capai status pendapatan perkapita ‘Negara Maju’ menjelang 2016

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 26 JAN: Negeri Selangor dijangka mencapai status pendapatan per kapita menepati definisi ‘negara maju’ menjelang 2016 meninggalkan Kerajaan Pusat yang mensasarkannya pada 2020 nanti.

Bandar Shah AlamExco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, berkata rumusan itu diperolehi berdasarkan data kajian Malaysia Institut of Economic Research (MIER) yang dibentangkan panel institut kajian itu dalam pemungkiman Menteri Besar bersama Exco Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan baru-baru ini.

Sebelum ini, MIER pada sesi taklimat itu menyatakan bahawa Selangor dijangka mencapai pendapatan per kapita menepati definisi ” negara maju” dengan mengandaikan Senario A (Model Ekonomi Baharu) dan Senario C (berdasarkan prestasi pertumbuhan historikal Selangor).

Malah, bersandarkan dua senario yang sama, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Selangor diunjurkan berkembang masing-masing pada kadar 6.8 peratus dan 6.5 peratus secara purata di antara 2013 dan 2023.

DSC_8581“Ini bukan sekadar kenyataan seronok nak bercakap tetapi dari ukuran dan kajian yang dah dibuat. Kita berlari lebih laju dan jauh ke hadapan.

“Kalau dahulu Selangor menyumbang satu perlima pendapatan negara melalui cukai tetapi sekarang sumbangan Selangor sudah bertambah besar kepada satu perempat,” kata Rodziah.

Rodziah berkata demikian selepas beliau merasmikan Program Hormat Diri Anda yang dianjurkan Exco Hal Ehwal Wanita Selangor,semalam.

Rodziah memberitahu, kajian sama juga menunjukkan bahawa pendapatan purata bagi keluarga golongan sederhana yang mempunyai empat ahli keluarga di Selangor ketika ini berjumlah RM5,753 sebulan.

Kata beliau lagi, Kerajaan Negeri ketika ini sedang giat melipat gandakan usaha bagi membantu meningkatkan lagi pendapatan golongan berpendapatan rendah kepada sasaran pendapatan isi rumah minimum RM4,000.

EZY


Pengarang :