SELANGOR

Kanak-kanak mati dalam kereta, Kerajaan Pusat perlu wujud kementerian khas

Oleh: Asri Sapfie

SUBANG JAYA, 4 JAN: Kerajaan Pusat digesa mewujudkan kementerian khas untuk kanak-kanak agar kebajikan golongan itu lebih terjamin dan masalah yang dihadapi oleh mereka dapat diberikan perhatian sewajarnya.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, berkata isu kematian kanak-kanak yang meninggal dunia dalam kereta akibat ditinggalkan oleh penjaga perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan agar ia tidak terus berlaku.

tinggal-anak-dalam-keretaKatanya, kes seumpama ini tidak wajar hanya dipertanggungjawaban kepada kecuaian penjaga semata-mata, malahan kerajaan juga perlu memainkan peranan proaktif menyediakan rancangan menangani isu itu.

“Saya juga pernah memberikan idea iaitu menampal pelekat di cermin sisi kereta supaya penjaga sentiasa peka untuk memeriksa tempat duduk di belakang namun cadangan ini ditolak berikutan menyalahi undang-undang jalan raya.

“Seharusnya mereka lebih prihatin dan undang-undang kecil seperti ini mungkin boleh diperhalusi dan diterima pakai kerana mereka boleh nampak serta-merta pelekat peringatan yang dilekatkan di cermin sisi ketika menutup pintu kenderaan”, kata Hannah yang juga Adun Subang Jaya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di sini yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

DSC_0031Katanya, beliau yang sebelum ini mencuba beberapa kali bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkata itu daripada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) namun tidak diendahkan.

“KPWKM harus menambah program kesedaran berhubung isu ini kerana ¬†boleh mengelakkan daripada masyarakat terlepas pandang berkenaan masalah yang melanda persekitaran mereka.

“Hal ini sama juga dengan kejadian tertinggal anak di dalam kereta jadi bagi saya kecuaian bukanlah faktor utama terjadinya kejadian seperti ini”, kata beliau.

kanakTambah beliau lagi, meletakkan hal ehwal kanak-kanak di bawah satu bumbung dalam KPWKM adalah tidak wajar berikutan terlalu banyak perkara yang melibatkan kanak-kanak.

“Kanak-kanak tidak mampu menyuarakan kehendak mahupun masalah mereka. Oleh sebab itu, kita seharusnya memberi perhatian yang lebih kepada mereka.

“Seharusnya pelu ada satu kementerian khas untuk kanak-kanak supaya kita tidak terlepas pandang berkenaan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka,” katanya.

EZY


Pengarang :