KEIP anjur forum bincang indentiti bangsa Malaysia dari perspektif anak muda | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


KEIP anjur forum bincang indentiti bangsa Malaysia dari perspektif anak muda

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 14 JAN: Keadilan Executive Internship Program (KEIP) akan mengadakan satu forum bertajuk Perspektif Malaysia bagi memberi peluang kepada anak-anak muda berdialog tentang indentiti masyarakat Malaysia daripada perspektif anak muda masa kini.

Wakil pelatih KEIP, Mohamed Aqief berkata, forum yang diadakan pada jam 8.30 malam di Dewan Media, Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu secara umumnya akan menyentuh tiga tema utama yang sering membentuk streotaip di kalangan masyarakat iaitu dari sudut agama, bangsa dan hak sebagai rakyat Malaysia.


logo-pkr“Sikap matang dan terbuka membolehkan kita membicarakan isu-isu yang diutarakan secara jujur yang akhir-akhir ini disalah guna pihak tidak bertanggungjawab bagi kepentingan peribadi dan politik yang mewujudkan suasana tidak sihat, prasangka dan perasaan kurang senang sesama masyarakat,” kata Mohamed Aqief dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Mohamed Aqief berkata dalam forum itu nanti, pelatih KEIP sendiri akan menjadi panelis dan moderator yang sekaligus memberi ruang sepenuhnya untuk mereka berkongsi pengalaman dan menilai pelbagai idea dari perspektif yang dicetuskan anak-anak muda dalam forum itu nanti.

PC PKR Rafizi“Kami pelatih KEIP menjemput para media dan orang ramai khususnya anak-anak muda hadir ke Forum Perspektif Malaysia untuk berdialog dan berbincang,” kata beliau lagi.

Pada 2 Disember lalu, PKR menerima 20 pelatih terdiri daripada mahasiswa yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kemahiran khusus bagi mengikuti program KEIP.

Program tersebut diadakan bagi memberi pelbagai pendedahan terhadap kerja-kerja politik PKR dalam pelbagai aspek seperti tugas dan peranan Ahli Parlimen, peranan WHIP, pendedahan sistematik dalam advokasi dan aktivisme, pembuat dasar, gerak kerja akar umbi, kemahiran organisasi, kemahiran media dan media baru.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION